Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H/2012M

Aidilfitri muncul lagi..tapi aku masih dalam mood Reflections by Suhaib Webb yang dirakam di UIA dan disiar dalam TV Al-Hijrah pada 17 Ogos 2012..ada satu cerita yang menyentuh hati..meruntun perasaan..

Alkisah..by Suhaib Webb..

masa dia belajar di pondok di USA (dia kata xla mcm pondok kat Kelantan..hehe..ni mesti gaya US pnya la kot..), dia ada sorang Syeikh yg dok ngajar depa ttg tafsir Al-Quran..dan Syeikh ni ada kwn yg dikategorikan sbg Ateis...tp baik dengan Syeikh ni..sampai si Ateis ni pun panggil Syeikh ni dgn panggilan "Syeikh"...si Ateis ni kerja menjilid buku..dan dia pernah menjilid buku karangan Syeikh ni..satu hari, Syeikh ni hadiahkan kpd si Ateis ni dgn Tafsir Al-Quran (dlm english la..)..dan slps beberapa ketika, si Ateis ni masuk dalam kelas depa time depa dok belajar tafsir (x silap masjid kot..), sambil dia peluk tafsir hadiah dari Syeikh ni tadi..dan terus dia p jumpa Syeikh ni...semua yg ada, stop bacaan Al-Quran and other activities sbb nak tgk apa yg terjadi..dan sampai si Ateis ni dpn Syeikh ni, dia berkata..

"Syeikh, saya bukan ateis..tetapi anagostik..selama 55 tahun ni, saya yakin Tuhan itu ada..tetapi saya rasa Tuhan terlalu suci untuk saya berhubung dan menyembah..tapi, lepas saya baca tafsir ini, saya jumpa satu ayat yang saya cari selama 55 tahun ini..satu ayat yg saya tercari-cari untuk membuktikan bahawa saya perlu berhubung dengan Tuhan..satu ayat yg dpt saya jadikan sbg sandaran untuk berhubung dgn Tuhan..."

dan..si Ateis a.k.a Anagostik ni buka helaian Tafsir Al-Quran yang dipeluknya..dan disitu terbuka helaian Surah Al-Fatihah..dan dibulatkannya satu ayat..yakni ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain"..."hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan"..

Subhanllah..it is really a beautiful story..hope all of you hear it from Suhaib Webb's words..it such a beautiful guys..really..

The End..

lihatlah teman, hanya dengan satu ayat Al-Quran..Allah membuka pintu hati org yang mulanya tidak beriman untuk mula kembali kepada Fitrah asalnya..yakni Fitrahnya yang inginkan hidup dengan bertuhan..Fitrah yg suci...Fitrah yang mengakui bahawa Allah lah sbg Rabb dan juga Ilah..

maka, bersempena Aidilfitri ini..ayuh kita check diri kita..adakah sebulan kita diuji..sebulan kita diberi peluang mencuci hati kita dalam Ramadhan..untuk kembali kepada Fitrah kita yang asal..sesuci Fitrah kita semasa masih bayi...

jika itu berlaku..maka, bermaknalah sambutan Aidilfitri kita..menyambut diri kita yg baru..yg miliki Fitrah yg suci..wallahualam..

SALAM AIDILFITRI dari saya..

Sunday, July 29, 2012

Secret has revealed..enjoy!

Sedikit perkongsian tentang praktis yang baik untuk galakkan tumbesaran bayi dengan baik dalam kandungan oleh As-Syeikh Haji Yunus Ibnu Haji Yusof Al-Syria (^_^)

1.   Tempoh ‘pregnant’ setiap hari kena ngap..

i.     Kurma 7 biji (buang biji..psikologi, xla nmpak..”mak aii, banyaknyerr”..)

ii.       Madu satu sudu (sumbat dalam susu pun boleh..)

iii.     Susu segelas (lebih xpe..no problem boh..)

iv.     Habbatussauda 7 biji (pepak jela..)

v.      Badam (sukati la banyak mana..)

vi.     Makan isi ikan (sumber protein kat badan ja..kepala TAK ACI..)

vii.      Banyak baca Al-Quran (kalu malas, dengar jela..)
-gelombang bacaan Al-Quran akan bg efek baik untuk otak bayi..after all, we are ourself if wave..(dalam badan, ada molekul..dalam molekul ada atom..ada electron..electron spin up n spin down..can behave like wave or particle..duality characteristic..opss, sory trmsuk Quantum world la pulak..physics sgt..hehe)

viii.       Banyak buat latihan matematik, cth Faraid harta (buat add math pun sempoi gak..)
-melatih minda bayi dalam tumbesaran

2.       Tempoh ‘after pregnant’

i.     Yang atas2 ni keep la, cuma tambah makan Salad..

ii.                Ajar baby tengok ABC and Aliff Ba Ta…(guna kad derr..tunjuk and cakap je kat dia..dia simpan memory tu..i’ALLAH)

iii.            1 sampai 6 tahun ajar memanah (dart pun boleh..mau kasik fokus..)

iv.             If boleh lagi, ajar naik kuda (gegaran masa naik kuda bagus untuk jantung..rempit tak aci..)

v.                Yang ni mesti boleh..ajor berenang (kasik stamina top up)

vi.              Bagi makan pil @ minyak ikan..

vii.             Ikan dgn daging xleh campur time makan..

Well, macam dah kawen je kan aku ni..hehe…

By the way, sesaja nak berkongsi petua yang baik..diadaptasi daripada Sunnah Rasul dan pedoman dari suatu bangsa yang bijak di dunia (walau depa jahat..huhu)..

Semoga bermanfaat..

OPPPSSSS..satu lagi, buat yang MEROKOK..hentikanlah saat isteri anda mengandung..(dan seterusnya)

kat umah ka..kat keja ka..

sebab bila dok hembus asap tu, nikotin tersebar..dan terkena pada MUKA and BAJU korang gak..

balik keja pulak, xkan si isteri yg mengandung x salam ngan korang..nak-nak lagi tambah kiss2 pipi pulak..hah, kan dah lekat nikotin kat isteri korang..

kesian la ISTERI ngn BABY korang..lembab tumbesaran dia..takut nanti, efek bila dah besar..KURANG CERDIK…(yg ni kita x kata la 100%, tp why not AVOID ROKOK..korang pun sihat..mak baby sihat…sekali gus baby sihat..i’ALLAH..

akhir kalam..
sebagai manusia..aku sayangkan kalian..
sebagai saudara..aku terfikirkan kalian..
sebagai Muslim..ini tanggungjawab aku..

ALLAH knows better..we just have two things..EFFORT and DOA..

Saturday, July 28, 2012

depa kata 7 petala cinta..ni dia 7 Panduan Bahagia (^_^)

7 Panduan dari Ibnu Abbas buat Mukmin yang ingin menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat..

1..Miliki hati yang sentiasa BERSYUKUR dengan nikmat dan anugerah ALLAH..bukan setakat cakap bersyukur..tetapi menggunakan nikmat yang ada untuk MENDEKATKAN DIRI kepada ALLAH..

ada duit...sedekah..
ada kereta mewah...pandu untuk ke masjid..ke majlis2 ilmu..dsb
ada rumah...menjadi pusat pendidikan Islam buat keluarga..dsb

2..Berusaha menjadi pasangan hidup yang SOLEH/SOLEHAH buat pasangan kita..mendidik diri..mendidik pasangan untuk menggapai REDHA ALLAH..

bukan setakat dok syok kahwin ja..tapi kena jelas kahwin sebab apa..bukan setakat nak yang syok2 ja..tapi kena paham tanggungjawab nak pimpin tangan ahli keluarga kita menuju pendakian menuju Syurga ALLAH..Redha ALLAH..Mardhatillah..

3..MENDIDIK ANAK-ANAK dengan acuan Islam..BUKAN bermula dari umur anak tu setahun ka..dua tahun ka..hatta sehari pun..tapi bermula panjang sebelum anak-anak lahir ke dunia..dengan memilih Ibu yang solehah buat anak-anak kita..mendidik isteri menjadi Isteri yang solehah, sekaligus menjadi Ibu yang Mithali..

4..Bergaul dengan MANUSIA YANG SOLEH/SOLEHAH yang sentiasa mengingatkan kita akan hakikat kehidupan..TIADA LAIN SEGALANYA KERANA ALLAH..

ada kawan, biar yang baik..jika dia tak baik, kita la usahakan untuk dia jadi baik..sebab dia kawan kita..sahabat kita..rakan kita..saudara kita..sama-sama ingin berpimpinan tangan MENUJU SYURGA ALLAH..

5..
6..
7..

esok-esok kita sambung lagi..kata Ustaz Khairuddin di slot tazkirah Tarawikh di Masjid Taman Intan..

p/s: kalau rajin esok-esok saya p yer ustaz..hehe

Wednesday, July 25, 2012

lapang..dada..itulah nikmat..

kekadang..hati kita terlalu sempit..
sampaikan yang putih kelihatan kelabu di mata kita..

kenapa kita sering sempitkan hati kita?
sempitkan dada kita..
sedangkan ALLAH kurniakan hati kita sungguh luas..
segala-galanya mampu berada di sana..ye, di dalam hati kita...

ayuh lah semua..ayuh berlapang dada..
bukan bermakna kita membiar diri diperlakukan sesuka hati oleh insan lain..
kerna ianya tidak kan pernah berlaku..
kenapa tidak pernah berlaku??

kerna apa sahaja kita laksanakan..
hanyasanya kerana DIA..Tuhan kita..ALLAH Yang Maha Besar..

usah bersempit-sempit lagi..
lapangkanlah dada kita dalam menghadapi kehidupan seharian..
lapangkanlah dada kita dalam berhadapan dengan manusia..
lapangkanlah dada kita dalam menempuh musibah..
lapangkanlah dada kita..
lapangkanlah dada kita..
hatta..lapangkanlah dada kita dalam menikmati manisnya nikmat dari ALLAH..

kerna kita yakin, di akhirnya..yang membalas sesuatu kepada kita ataupun insan lain adalah pemilik jiwa itu sendiri..yakni ALLAH...

maka, kenapa harus sempitkan dada kita lagi??

Monday, April 19, 2010

Hiduplah untuk mendapatkan Kehidupan Abadi


Kehidupan..

setiap kali kita berbicara tentang kehidupan, pasti akan timbul persoalan..dari mana kita datang..kenapa kita di jadikan sebagai manusia..dan yang paling penting ke mana kita akan menuju setelah nafas terhenti dek kematian datang menjemput..

persoalan pertama tentang dari mana kejadian kita seringkali banyak pihak membahaskannya..dari tanah..cantuman ovum dan sperma yang berjaya..dan yang paling penting sama2 hidup sebentar di ruang rahim seorang ibu..persoalan ini terhenti setakat ini sahaja tanpa ada lagi penyambungan kepada perbahasannya lagi kerana sekadar itu sahaja permulaan kepada perjalanan seseorang makhluk bernama manusia..jadi, ke manakah lagi baki perjalanan kita itu? sudah jelas lagi bersuluh...kita menjadi manusia yang hidup bersama2 dalam sebuah dunia..ya, sebuah dunia..bukan dua atau tiga dunia..bermakna kita bersama2 kongsi dunia ini. jadi, untuk apa kita lahir, dan kemudian hidup bersama2 manusia lain dalam satu dunia..adakah hanya untuk makan? membesar? bekerja mencari duit supaya penuh poket dan kembung perut kerana kenyang dalam menjamah rezeki ALLAH? adakah sekadar itu tujuan kehidupan kita yang bermula dengan peringkat penciptaan yang berperingkat2 dan penuh keajaiban? adakah sia2 kita lahir ke dunia...

adakah hidup hanya untuk hidup?

atau adakah kehidupan kita ini lebih dari itu?

ada rahsia yg tersirat di sebalik segala-galanya..ada tujuannya..jadi apakah tujuannya??

jika dilihat..manusia lahir, hidup, dan mati..adakah kehidupan kita itu sebenarnya adalah di fasa hidup shj? knp kita mati...kemanakah kita selepas mati..masuk kubur...jadi mayat...reput...kemudian?? jadi dimanakah fasa kehidupan kita yg sebenar??benarkah dunia yg kita huni sekarang merupakan tempat utk kita ber'kehidupan' selama2nya?? jika dilihat, ramai manusia yang sudah pergi meninggalkan kita...ya pergi...tapi kemana??

dunia ini hanyalah sebuah mimpi..ya sebuah mimpi...kerana ianya takkan kekal selama2nya...idea mimpi ini seperti mana filem Inception...sampai ketikanya, semuanya di sekeliling kita akan jatuh...musnah dan hanya tinggal tiada...ya, tinggal tiada..

sekiranya mimpi, suatu hari nanti kita akan bangun di sebuah tempat lain...yang kekal selama2nya...iaitu Negeri Akhirat Yang Abadi...selama2nya kita berada disana...adakah di Syurga yg mempesona ataupun di Neraka yang menyeksakan??

maka, disinilah terletaknya titik tolak bermulanya sebuah kehidupan di dunia ini...iaitu untuk mati...untuk mendapat balasan Syurga di sana...maka, persoalan dari mana kita datang...tujuan kita didatangkan dan ke mana pengakhiran kita akan terjawab...

tiga persoalan asas ini mempunyai tiga jawapan yang mudah bagi seorang yang memahami hakikat iman dan taqwa pada ALLAH...

datangnya kita dari ALLAH...didatangkan kita ke dunia ini tiada lain hanyalah untuk mengabdikan diri pada ALLAH...ya mengabdikan diri kepada ALLAH dalam setiap milisecond kehidupan kita..setiap gerak laku kita di dunia hanyalah untuk memperoleh redha ALLAH dan mengikut sistem yang sudah ALLAH turunkan pada kita sebagai panduan..iaitu sistem ISLAM yang praktiknya bukan hanya di masjid...ceramah2 agama...tetapi praktiknya adalah dalam segenap kehidupan kita...setiap yang kita lakukan akan dihubungkan dengan Pencipta sistem ini, iaitu ALLAH......logiknya, sekiranya sebuah komputer yang diciptakan oleh manusia mempunyai buku panduan tentang tatacara penggunaanya yang betul..apatah lagi kita sebagai makhluk yang mempunyai 1001 keajaiban penciptaan oleh ALLAH, semestinya kita jua memiliki panduan tentang tatacara bagaimana untuk berkehidupan di dunia ini...ya panduan dari ALLAH, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita...seharusnya kita mengikut segala yang ALLAh perintahkan dan meninggalkan segala larangan ALLAH tidak lain dan tidak bukan adalah dengan harapan suatu ketika nanti kita akan menghadap Pencipta kita dalam keadaaan ALLAH redha akan kita dan akan mengurniakan kita sebuah kehidupan abadi di Syurga yang indah dan mempesonakan...

itulah tiga persoalan asas kita sbg manusia...sbg hamba...ia memerlukan bukan sekadar jawapan lisan...tetapi perlu difahami dengan hati yang beriman dan diungkapkan dalam kehidupan kita...

semoga dengan memahami 3 persoalan ini berserta jawapannya...akan melayakkan kita mendapat redha ALLAH di dunia dan akhirat....wallahualam..


Sunday, April 18, 2010

why???

just visited other blogs around the world..actually just around my country..just wonder..kenapalah banyak2 manusia dalan dunia ni suka sangat bercakap hal orang lain..then komen2 pula yg x elok..mengutuk2..membuat fitnah..then paling teruk ajak orang lain sama2 join dia punya dosa..just nak ajak sama2 kita fikirkan..

kita ni hidup kat dunia yang sama..
hirup udara yang sama..
asal usul kejadian pun sama jugak..
mati pun sama2 akan jadi mayat..

jadi..apa yg membezakan kita?
kalau kita nak di pandang tinggi oleh manusia..mereka juga manusia..sama macam kita..
so, hanya satu je la perkara yang membezakan kita..
kedudukan kita di sisi ALLAH..

jadi, point di sini adalah..
semua perkara perlu kembali kepada asal..
kepada fitrah kita..
kembali menghayati agama kita..
mana yang ALLAH dh bgtau betul, kita ikut..
yang salah kita tinggalkan..
perhubungan antara manusia..landaskan atas sebab aqidah..
bkn sebab lain..persatuan ka..pertubuhan ka..group ka..

p/s: suker dgr lagu Maher Zain..

"....now we share the same bright sun..the same round moon..why don't we share the same love.."

Monday, March 22, 2010

Aku pernah..



Aku pernah tersungkur dek kuisan taufan cinta
Aku pernah kecewa dengan harapan hati sendiri

Aku pernah hanyut dilambung arus kejahilan

Aku pernah keseorangan hadapi semua



Aku pernah keliru siapakah aku sebenarnya

Aku pernah miliki hati yang tertutup kepada kebenaran

Aku pernah mengharungi kegelapan kala mencari
Aku pernah hidup dalam kepura-puraan



Aku pernah lari dari rahmat Tuhanku

Aku pernah memencilkan diri dari kekuatan

Aku pernah membiarkan hatiku lemah

Aku pernah menghukum diriku tanpa keadilan



Aku jua pernah cuba untuk melangkah ke hadapan

Aku jua pernah cuba melangkah tanpa menoleh ke belakang

Aku jua pernah cuba menembusi tembok kejahilan

Aku jua pernah gagal dalam segalanya



Namun kini mata hatiku terbuka jua

Terbuka untuk kebenaran

Terbuka untuk perubahan

Terbuka untuk mencuba menggapai peluang

Terbuka untuk menghargai kekuatan diri sendiri
Terbuka untuk menyedari sumber kekuatanku
Terbuka untuk memperbaiki segalanya
Terbuka untuk semarakkan hidupku demi Kasih Sayang-NYA

Terbuka untuk mencuba menggenggam sebuah impian yang kusangka bukan milikku selama ini



Namun...sejauh mana kecelikan hati ini akan terbuka

Namun...sejauh mana harapan ini akan mengharap

Namun...sejauh mana usahaku akan berkekalan
Namun...sejauh mana aku akan menjadi aku



"Ya ALLAH, janganlah Kau palingkan hati ini, jiwa ini, diri ini dari mengecap kemanisan hidayah-MU setelah Kau kurniakannya padaku...sekian lama aku mencarinya...teraba aku kala mencari...tersungkur aku di tepian rahmat-MU...terleka aku dengan perhiasan dunia...cukuplah dengan segalanya yang aku hadapi selama ini...hati ini tak mungkin akan selamanya bertahan menanggung beratnya ujian dari-MU...aku mohon pada-MU Ya ALLAH...damaikanlah hatiku dengan hidayah-MU"