Monday, April 19, 2010

Hiduplah untuk mendapatkan Kehidupan Abadi


Kehidupan..

setiap kali kita berbicara tentang kehidupan, pasti akan timbul persoalan..dari mana kita datang..kenapa kita di jadikan sebagai manusia..dan yang paling penting ke mana kita akan menuju setelah nafas terhenti dek kematian datang menjemput..

persoalan pertama tentang dari mana kejadian kita seringkali banyak pihak membahaskannya..dari tanah..cantuman ovum dan sperma yang berjaya..dan yang paling penting sama2 hidup sebentar di ruang rahim seorang ibu..persoalan ini terhenti setakat ini sahaja tanpa ada lagi penyambungan kepada perbahasannya lagi kerana sekadar itu sahaja permulaan kepada perjalanan seseorang makhluk bernama manusia..jadi, ke manakah lagi baki perjalanan kita itu? sudah jelas lagi bersuluh...kita menjadi manusia yang hidup bersama2 dalam sebuah dunia..ya, sebuah dunia..bukan dua atau tiga dunia..bermakna kita bersama2 kongsi dunia ini. jadi, untuk apa kita lahir, dan kemudian hidup bersama2 manusia lain dalam satu dunia..adakah hanya untuk makan? membesar? bekerja mencari duit supaya penuh poket dan kembung perut kerana kenyang dalam menjamah rezeki ALLAH? adakah sekadar itu tujuan kehidupan kita yang bermula dengan peringkat penciptaan yang berperingkat2 dan penuh keajaiban? adakah sia2 kita lahir ke dunia...

adakah hidup hanya untuk hidup?

atau adakah kehidupan kita ini lebih dari itu?

ada rahsia yg tersirat di sebalik segala-galanya..ada tujuannya..jadi apakah tujuannya??

jika dilihat..manusia lahir, hidup, dan mati..adakah kehidupan kita itu sebenarnya adalah di fasa hidup shj? knp kita mati...kemanakah kita selepas mati..masuk kubur...jadi mayat...reput...kemudian?? jadi dimanakah fasa kehidupan kita yg sebenar??benarkah dunia yg kita huni sekarang merupakan tempat utk kita ber'kehidupan' selama2nya?? jika dilihat, ramai manusia yang sudah pergi meninggalkan kita...ya pergi...tapi kemana??

dunia ini hanyalah sebuah mimpi..ya sebuah mimpi...kerana ianya takkan kekal selama2nya...idea mimpi ini seperti mana filem Inception...sampai ketikanya, semuanya di sekeliling kita akan jatuh...musnah dan hanya tinggal tiada...ya, tinggal tiada..

sekiranya mimpi, suatu hari nanti kita akan bangun di sebuah tempat lain...yang kekal selama2nya...iaitu Negeri Akhirat Yang Abadi...selama2nya kita berada disana...adakah di Syurga yg mempesona ataupun di Neraka yang menyeksakan??

maka, disinilah terletaknya titik tolak bermulanya sebuah kehidupan di dunia ini...iaitu untuk mati...untuk mendapat balasan Syurga di sana...maka, persoalan dari mana kita datang...tujuan kita didatangkan dan ke mana pengakhiran kita akan terjawab...

tiga persoalan asas ini mempunyai tiga jawapan yang mudah bagi seorang yang memahami hakikat iman dan taqwa pada ALLAH...

datangnya kita dari ALLAH...didatangkan kita ke dunia ini tiada lain hanyalah untuk mengabdikan diri pada ALLAH...ya mengabdikan diri kepada ALLAH dalam setiap milisecond kehidupan kita..setiap gerak laku kita di dunia hanyalah untuk memperoleh redha ALLAH dan mengikut sistem yang sudah ALLAH turunkan pada kita sebagai panduan..iaitu sistem ISLAM yang praktiknya bukan hanya di masjid...ceramah2 agama...tetapi praktiknya adalah dalam segenap kehidupan kita...setiap yang kita lakukan akan dihubungkan dengan Pencipta sistem ini, iaitu ALLAH......logiknya, sekiranya sebuah komputer yang diciptakan oleh manusia mempunyai buku panduan tentang tatacara penggunaanya yang betul..apatah lagi kita sebagai makhluk yang mempunyai 1001 keajaiban penciptaan oleh ALLAH, semestinya kita jua memiliki panduan tentang tatacara bagaimana untuk berkehidupan di dunia ini...ya panduan dari ALLAH, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita...seharusnya kita mengikut segala yang ALLAh perintahkan dan meninggalkan segala larangan ALLAH tidak lain dan tidak bukan adalah dengan harapan suatu ketika nanti kita akan menghadap Pencipta kita dalam keadaaan ALLAH redha akan kita dan akan mengurniakan kita sebuah kehidupan abadi di Syurga yang indah dan mempesonakan...

itulah tiga persoalan asas kita sbg manusia...sbg hamba...ia memerlukan bukan sekadar jawapan lisan...tetapi perlu difahami dengan hati yang beriman dan diungkapkan dalam kehidupan kita...

semoga dengan memahami 3 persoalan ini berserta jawapannya...akan melayakkan kita mendapat redha ALLAH di dunia dan akhirat....wallahualam..


No comments:

Post a Comment